Tuesday, 19 June 2012
Tuesday, 10 April 2012
biar aq yang pilih sama ada irwan atau amir raihan
“ Tidak rin , aku tetap dengan keputusan yang pernah aku
buat 3 hari lepas . kita tak akan mungkin bersama . kita Cuma kawan .” muka
Irwan yang serius membuatkan aku terkaku disitu . hsrat yg sudah lama aku
pendam sejak dari hari pertama peperiksaan SPM 2011 hilang dibakar api
kemarahan irwan.Apakan daya , aku Cuma seorang wanita yang tiada nilainya
dimata dia.
“aku faham wan , tapi tak boleh ke kalau kita cuba dulu .?”
kataku yang masih mahu mencuba.Siapa tahu tuah menyebelahiku.
“maafkan aku rin,aku dh cuba untuk sayangkan kau lebih dari
sekadar kawan.tapi,aku tak mampu” kata-kata irwan menusuk tepat ke hati ku .
mungkin ini bukan jodoh aku.atau tuhan sekadar mahu menguji .
Untuk kesekian kali aku cuba untuk menghilangkan perasaan
itu . dalam diam hatiku mula redha dgn takdir yg sedang aku lalui . aku percaya
, lambat laun . pasti Allah akan mengirimkan jodoh yang terbaik untuk ku .
Aku pulang kerumah dengan hati yang remuk . remuk dengan apa
yang terjadi.selama ni , aku fikir dia juga menyukai ku dalam diam . tapi ,
ternyata aku tersalah perhintungan . ternyata dia Cuma mempergunakan aku untuk
kepentingan peribadi . demi cinta yang mengunung padanya , aku sanggup
mengorbankan apa saja untuknya . mujur juga iman dan agama aku dan dia masih
kukuh kalau tidak mungkin maruah ku juga tergadai sama .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“lepas ni apa yang kakak nak buat.?” Tanya mama ketika aku
leka melayan kerenah anak-anak buahku.
“kakak tak pasti.mungkin sementara keputusan keluar kakak
nak kerja di Terengganu dekat hotel along” jawab ku acuh tak acuh . biar lah ,
kalau boleh aku mahu pergi sejauh mungkin merawat luka dihati.
“kakak dgn irwan mcm mana .?” soal mama yg dapat meneka hati
dan perasaan ku ketika ini.
Dan dikala itu , tiada jawapan yang dapat aku berikan .
hanya segaris senyuman palsu singgah dibibirku. Aku tidak betah menghadapi ini
semua . cinta yang dihulur tidak disambut oleh irwan rifqal malah diherdik dan
dihina pula.apa kurangnya aku dimatanya.aku kurang pasti.
Tekadku lagi , aku tidak akan lagi member cinta kepada yang
tidak menghargai . bunyi menandakan ada pesanan masuk di telefon bimbit
dipandang sepi tanpa ku sedar aku mengaharapkan pesanan itu dikirim oleh
seseorang terlalu aku rindui . lantas tangan ku menyeluk saku seluar dan menekan
punat ‘baca’
“Rin , janganlah sedih lagi pasal rifqal tu . mungkin ada
yang terbaik untuk kau.” Harapan yang menggunung mengharapkan irwan rifqal
menghantar pesanan hancur ibarat hancurnya hatiku ketika dia menolak cintaku .
“mudah untuk kau kata mir,tp tak mudah untuk kau fahami.”
Amir raihan memang memahami isi hati ku . sudah lebih 12 tahun kami berkawan .
apa yang terlintas dihatiku semuanya dapat diagak olehnya tanpa aku
memberitahunya dahulu . bertuah siapa yang memilikinya .
“esok jumpa kau pukul 11 pagi dekat thaqwa
corner.penting.” serius nada pesanan
yang diterima aku kali ni . mungkin amir benar-benar ada perkara penting untuk
dibicarakan barangkali . dalam hati , aku bersyukur kerana dianugerahkan kawan
yang sebaik amir untuk menemani aku dikala gundah .
++++++++++++++++
Pagi ini , aku terlewat bangun lagi . semuanya gara-gara
menonton video-video di youtube . aku
memandang jam didinding dengan mata yang masih belum terbuka sepenuhnya . “ya
Allah , dah pukul 11.30.habislah” aku sudah terlambat 30 minit . komfom teruk
aku kena marah dengan amir raihan nanti. Ngomel aku sendirian dan tanpa
berlengah aku menuju ke almarai pakaian . masa yang suntuk membuatkan aku
terpaksa mengambil keputusan nekad . yaaa , tak payah mandi . salin baju dan
terus vrooooooommmmmmm .
Streeeeeeeeetttttt…….
Bunyi breek motor Kawasaki ninja yang aku pandu mengamit
perhatian sekeliling. Arghh , peduli apa aku .? aku dah lambat . aku terus
menyeluk bag galas ku dan mencari blackberry storm hadiah dari amir raihan
untuk ku pada ulangtahun hari jadiku yang 17. Dan , ouh yaa . motor yang aku
pandu itu juga kepunyaan amir raihan . katanya untuk memudahkan aku
berulang-alik ke sekolah . tanpa membuang masa , aku menoleh kearah telefon
bimbitku .
28 miscalled . 46 text message .
Habislah kena bebel dengan amir ni . tanpa menunggu tangan
ku pantas mendail nombor amir raihan . “amir, kat mana .? dh balik .? sorry mir
. aku lambat bangun . “ tanpa salam aku bertanya seolah-olah peluru yang baru
sahaja dilepaskan oleh seorang penembak handalan .
“kat sebelah kau.pusinglah” hah .? tanpa bertanya aku pusing
menoleh untuk mencari kelibat amir .
Hampir saja bibirnya bertemu dahiku . jarak kami yang
terlalu rapat ini mungkin akan menyebabkan amir tercium dahiku . untuk ke bibir
.? tidak sama sekali . kerana amir raihan lebih tinggi dari aku . dahiku
separas bibirnya .
“mir,kau ni kan . apasal buat mcm tu . nak kena” marahku .
mana tidaknya . kalau adegan yang tidak dingini berlaku mcm mana . tak ke haru
buatnya . pasti kisah aku dan amir akan dicanang dari mulut ke mulut .
“apa susah , kahwin je la . kau kan dah habis SPM . kau tak
sudi kawin dengan aku rin .?” aduhhh ,
kenapa topic ini yang perlu dibicarakan . aku dah muak bila amir raihan selalu
mengusikku mengenai perkara ini . bukan apa , kalau si fasha dengar tak ke
masak aku .
“mir , kita kawan baik lagi pun kau tua sgt mir. Mana boleh
bercinta apatah lagi kawin.lagi satu fasha nak campak mana .?” hamper berusia
15 tahun aku dan amir berkawan sejak umur aku 2 tahun ketika itu amir raihan
berusia 12tahun . sudahku anggap dia seperti abangku mana mungkin kami bercinta
jauh sekali kawin .
“Rin , kau kata kawan tak boleh bercinta . tapi kenapa kau
cintakan irwan .? aku lelaki , fasha no. 1 ada lagi tiga . kau tak sudi nak
bermadu dgn kakak saudara kau sendiri Rin .?”
wajahnya yang tampak serius membuatkan aku berfikir ‘biar benar dia ni’
“mir , kau serius ke .?” entah bagaimana soalan itu
terkeluar dari mulut ku . ketawa meledak dari bibir pink amir raihan
“aku main-main je lahh.ehh kita tak order ape lg ni.kau nak
minum apa .?” nasib baik amir raihan Cuma bergurau . kalau tidak habis aku .
pasti si fasha inshira akan menyerang aku nanti . tak sanggup telinga ni nak
mendengar sumpah seranah mummy si fasha yang merangkap maklong aku .
“mir , tak de selera laaa . jum lepak genting nak .?
tiba-tiba terasa nakk naik genting laa.nak mir .?” usulku kepada amir dengan harapan dia akan
bersetuju dgn cadanganku walaupun aku tahu peluangnya agak tipis .
“naik motor kau ye rin.kereta aku tayar botak tak sempat nak
tukar.tapi biar aku bawak.aku tak yakin kau bawak.” Ehhh , biar betul amir ni . tak sangka pulak
yang amir sanggup menerima cadangan kurang bernas aku . apa pun aku nak
rilekskan otak ni sebelum membawa diri ke Terengganu .
“harap je bawa BMW Z4” usikku kepada amir . dan setiap kali
itu juga lah dia akan tersengih sambil menayang gigin yang tersusun rapid an
bersih .
“balik rumah aku dulu , nak salin baju . okey ?” pertanyaan
amir aku jawab dengan anggukan . malas untuk berkata banyak . untuk membantah
jauh sekali , aku patut bersyukur dia bersetuju untuk ke genting bersamaku .
dan ketika ini aku teringat . aku belum mandi . arghh . lantak lahh . nanti
pakai perfume amir je .
+++++++++++++++++++++++++++
Amir raihan melangkah keluar dari rumah . tidak semena-mena
hati ku terpaut . kalau diperhatikan handsome juga amir ni . wajahnya yang
persis pelakon Korea pujaanku siapa lagi kalau bukan Rain dan rambutnya yang
kemas dipotong pendek berserta gayanya persis seorang model bisa membuatkan
mana-mana wanita melihatnya tertawan dengan penampilannya .
“yang tenung aku kenapa .? baju aku tak okey ke ?”
pertanyaan amir raihan mengejutkan aku kea lam nyata . nasib baik dia tak sedar
aku tersenyum sendirian tadi . kalau tak mampus aku .
“okey je . jum lah mir pergi.” Cepat-cepat aku menjawab
untuk menutup perasaan yang bersarang dihati ku ini . ‘ya Allah , jangan
biarkan hati ini untuk jatuh cinta lagi’
“Rin kejap. Ada benda nak bagi kau ni .” suara amir yang
bagi aku sedikit romantic menganggu hati ku lagi ‘mir,jangan ckp mcm tu’ desis
hati ku . sesungguhnya , mungkin aku telah jatuh cinta lagi tapi , cepat-cepat
aku tersedar . siapa lah aku mahu bergandingan dengannya .
“apanya .? dh lambat ni” keras suara aku bertanya . niat aku
Cuma satu , aku tak mahu dia terkesan dengan riak muka ku yang ku rasakan sudah
berubah .
“minyak wangi ni . aku rembat kakak aku punya , kan kau
belum mandi. Nah ambil la.” Minyak wangi
yang dihulur amir raihan aku sambut juga . ‘aku ingatkan apelah tadi’ . segera
aku semburkan dibadanku untuk menghilangkan bau walaupun aku tau tak de lah bau
mana badan aku ni Cuma aku yang gusar kalau-kalau amir tidak selesa dengan bau
badan aku .
Perjalanan diteruskan . tanpa aku sedari , tangan yang aku
letakkan dibahu amir sudah pun melingkari pinggang nya . mana tidaknya ,
panduan amir yang bagaikan di litar lumba sedikit sebanyak menggentarkan jiwaku
. dan setiap kali mengelak lubang atau selekoh pasti lutuku juga akan cecah ke
jalan raya . dalam tidak sedar , aku mula selesa meletakkan lingkaran tanganku
dipinggangnya . aku terasa seperti selamat berada dibelakangnya . walaupun beg
yang digalas dibelakang amir serba sedikit menyebabkan aku hamper-hampir
terlepas dari badannya . tapi , aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya beg galas ini juga mengelakkan amir merasa
lekuk-lekuk di tubuhku . baru ku tahu kenapa amir berdegil mahu menggalas beg
nya bila aku mahu menolongnya .
Sesampai kami disana . motor yang kami naiki diletakkan
berhampiran taman bunga . katanya supaya tidak jauh berjalan . tapi , bagiku
masih jauh juga jarak antara taman ini dengan taman tema luar genting highland
. biarlah , janji tidak perlu membayar duit parking . jimat sikit .
Aku mempergunakan peluang yang ada untuk enjoy sepuas-puasnya
. menghilangkan segala tekanan dan meredakan segala bebanan yang aku pikul .
dan dia , aku lihat asyik sangat memerhati gelagat aku . sudah beberapa kali
dia tertangkap ketika sedang asyik merenung aku . sedang aku asyik terleka
disebuah gerai yang menyediakan perkhidmatan spa ikan . dia merenung aku lagi .
dan kali ini dapat aku rasakan , renungan yang diberikan lain dari sebelumnya .
“Rin , ada perkara penting yang aku nak cakap dekat
kau.benda ni dah lama aku pendam.” Amir raihan memulakan bicara sambil aku leka
melihat ikan-ikan dikolam spa tersebut.apa sebenarnya yang amir inging luahkan
.? mungkinkah dia sukakan aku.kerana aku juga sedang merasakan perkara yang
sama . amir , aku sudi menerima kau kalau engkau benar-benar mencintai aku
setulusnya .
“Rin , aku sayangkan kau sebagai kawan . dan sebagai kawan
aku nak tengok kau bahagia mcm aku bahagia dengan fasha adira . aku yakin irwan
rifqal akan menerima arina arise . macam mana amir raihan menerima fasha adira
walaupun cinta amir raihan untuk orang lain” ape pulak yang amir cakap ni .
tiba-tiba soal ini dibangkitkan aku ingat dia nk cakap dia sukakan aku .
perasan je aku ni . ehh wait .! cinta amir raihan untuk orang lain .?
“amir , cinta kau untuk siapa.?” Tanya ku pada amir raihan .
mcm mana aku boleh tak tahu .?
“adik angkat aku la . kau tak kenal pun . kenapa ? kau ingat
aku cintakan kau .? sorry sikit . tak mungkin”
ceiit . tak guna amir raihan, aku yang dikenakan balik .
Amir raihan , ketahuilah . hati dan jiwa ini memang dah lama
untuk kau . irwan rifqal mungkin Cuma alas an untuk aku menutup rasa ini . tak
mampu rasanya untuk aku meluahkan sebab aku tahu dalam hati kau Cuma syg kan
aku sebagai kawan . biarlah kau bahagia dengan pilihan kau .
“Rin …. Jum teman naik roller coster .” hah .!! biar benar
dia ni .
“mir , kau tau kan aku takut.janganlah paksa” rayuku sambil
tayang muka simpati.
“aku tak kiraaa . aku dokong kau nanti” ugutnya pada aku .
wajahnya yang serius menakutkan aku .
“arghhh …” jerit aku bila tiba-tiba sahaja badan aku diangkat
oleh amir raihan dan terus bawa aku ke sudut yg menempatkan roller coster .
nasib hari ni hari isnin orang tak berapa ramai . kalau tak mau masuk bulletin
utama kot .
“amir , kau ni kan . cari pasal lahhh” ngomelku pda amir
raihan . dia memang cari nahas .
Amir hanya memandang aku dan tersenyum melihat wajahku yang
sudah berubah .
+++++++++++++++++++++
“gila seram kot tadi.nasib aku tak bedebuk jatuh dari roller
coster tu . kalau aku mati aku suruh
mama aku saman kau amir raihan “ bebel aku pada amir . pasal dia jantung aku
hamper terkeluar menaiki roller coster yg berkemungkinan laju nya mencecah 400
km/h . “over ke 400km/h ?’ . tak kott . sebab dia memang laju gila .
“tak akan aku biarkan kau mati Rin sebab aku juga akan turut
mati bersama kau.” Bisik amir raihan perlahan tapi tetap masih boleh didengar
olehku .
“kau kata apa mir.?” Tanya ku pura-pura tidak mendengar
kata-kata nya tadi .
“tak de apa . aku kata kalau mati tanam je” kenapa amir
mesti nak rahsiakan . biar lahhh .
Laju kaki aku melangkah ke tempat duduk yg disediakan .
penat badan ku terasa . tapi , aku sungguh seronok . seronok sebab dapat enjoy
atau seronok sebab aku disamping jejaka bernama amir raihan . aku sendiri tidak
pasti ‘ohh hati , jangan biarkan aku jatuh cinta’
“Rin jum balik . aku penat . mcm nk demam .” entah bila amir
raihan berada disebelah pun aku tak tahu . mana nak sedar sibuk berangan je
kerja . baru aku perasan , amir raihan hanya memakai seluar jeans dan sehelai
t-shirt berlengan pendek manakala jacket yang tersarung ditubuhnya telah
diberikan pada aku ketika mula-mula sampai tgh hari tadi . kesian amir .
“jum lah mir , lg pun dh nak dekat malam. Kalau kau tak
larat aku bawa motor okey?” aku menyuarakan pendapat aku untuk membawa motor
walaupun aku tahu dia pasti tidak akan membenarkannya .
“no.mana mungkin aku duk belakang dan kau bawak.aku berat
tau” kan dah cakap . dia mesti tak kan
bagi . aku kenal sangat dh amir raihan ni .
“okey then . jum lahh” aku hanya mampu bersetuju dengan amir
raihan . aku bukannya apa . aku Cuma kesian melihat muka dia yang tidak bermaya
tu . tapi , kalau dia sendiri yang menyatakan dia tak kan benarkan aku bawa
motor . apa lagi yang boleh aku lakukan .? ikat dia .? nooo noo noo .
“kejap.pinjam phone rin.phone aku habis kredit” pinta amir
raihan sebelum kami berlalu pergi . tanpa banyak soal aku mengeluarkan telefon
bimbit yang dia ahdiahkan pada ku mas aulangtahun kelahiran 17 padanya .
-fasha,malam ni I pegi rumah u.kita dinner sama okey.i
really miss you honey . byee baby #amirraihan(your sayang)
Lepas dia menyerahkan phone aku kembali. Aku menyemak semula
sent item di handphone aku. Untungnya fasha adira kerana boleh menerimanya
selepas dia meluahkan perasaannya pada amir raihan. Dan aku .? Cuma mampu
tersenyum dalam kesedihan menerima hakikat irwan rifqal tak akan menerima aku
waima sebagai kawan sekalipun. Untuk mengharapkan amir raihan .? tidak mungkin
sebab aku tahu dia hanya mencintai fasha adira walaupun tadi dia kata cintanya
hanya untuk adik angkatnya.
+++++++++++++++++++++++
“terima kasih teman aku pegi genting hari ni . I really
enjoy today” ucapku pada amir raihan ketika aku menghantarnya pulang malam itu.
Entah bila lagi aku dapat meluangkan masa bersamanya.
“okey byee.” Balas amir raihan acuh tidak acuh. Aku kerling
jam berjenama swatch dipergelangan tangan . patutlah , dah jam 8.30 takut
terlambat nak jumpa fasha adira.
Lepas amir raihan memasuki rumah.aku terus memecut motor ke
port Dickson untuk mencari ketenangan. Aku dapat rasakan getaran dari dalam
poket seluar lantas tangan ku menyeluk saku seluar untuk mengambil handphone
dan tanpa menunggu lama aku terus menekan butang ‘baca’ .
+I know where you are. Tak puas enjoy tadi.? Tak puas jerit
masa naik roller coster.? Come on Rin . you must move one. Jangan dikenang irwan
rifqal yang tak reti nak menghargai cinta kau. Rin , balik laa rumah. Tadi mama
call aku , dia risaukan kau. Aku pun risaukan kau. Abah kau ingat kau dengan
aku . so, dia tak risau. Kalau dia tahu .? #amir raihan
-mana kau tahu aku dekat mana.? Aku perlukan masa untuk diri
sendiri. Cakap ngan mama aku , aku balik kampong jumpa aunty ros.
+tunggu je kat situ. Stay situ . dalam 1 hours lebih kurang
aku sampai.
-are you serius Amir Raihan .?
+yes I am.see you soon .
Erhhhhh . biar betul amir raihan nak dating sini. Copp .!
dia tau ke aku kat mana . lantak laaaa . aku terus mendapatkan motor dan
berlalu meninggalkan pantai . destinasi aku sekarang ialah marina resort tempat
yang selalu aku akan stay kalau aku berada di port Dickson. Mungkin , untuk
kali ni aku akan bermalam 3-5 hari . tak sanggup rasanya nak kembali ke rumah .
lagipun next week hari jumaat aku akan berangkat ke Terengganu .. kerja aku
start hari isnin . so , mungkin ini last holiday sebelum bekerja mencari nafkah
. cheewahh .
++++++++++++++++++++++++++++++++
Sedang aku sibuk ber’karoke’ . menyumbangkan suara aku yang
sedang sumbang dalam bilik . ada org mengetuk pintu bilikku. Tak kan amir .?
sampai no. bilik pun tahu . aku berlari menuju ke pintu dengan perasaan teruja.
“cik , this is for you” pekerja hotel itu menyerahkan
sejambak bunga dan sekeping kad . tanpa membuang masa tanganku pantas membuka
kad tersebut.
-
Ris , I`m waiting you. Dekat pantai belakang
hotel. Cepat sikit tauu.
Siapa pulak ni .? nak kata amir . mesti dia akan sms aku.
Dan , mustahil amir tahu aku akan menginap dihotel ni . aku tak rasa dia serius
nak dating sini lgpun mana mungkin dia tahu . aduhh , kalau aku sibuk bertanya
diri sendiri yang aku pasti aku tak kan dapat jawapannya buat apa kan .? siapa
org yang hantar bunga ni . dah tu bagi bunga taik ayam pulak dan he`s call me
Ris . siapa dia ni .?
Aku aku melangkah pantas mebolosi pintu lif . tak sabar
rasanya nak berjumpa dengan peminat misteri sendiri . perasannya lah Arina
arise ni . entah siapa-siapa je . dan bila aku sampai je dekat lobby . aku
bertembung dengan pekerja hotel yang menyerahkan bunga tadi tu kat aku . dia
tersenyum memandang aku dan menjuihkan bibirnya ke pintu yang membolehkan terus
ke pantai di belakang resort ni.
Bila aku sampai di pantai, alangkah terkejutnya aku . meja
makan tersusun indah betul-betuk terletak berhampiran pantai . dan terdapat
lilin disekelilingnya yang dilitupi dengan bekas kaca dan tidak lupa , sejambak
bunga taik ayam yang terhias indah di atas meja makan .
“Arina Arise…” gemersik suara memanggil sebaris nama
kepunyaanku . macam aku kenal suara ni . tanpa menunggu lebih lama . aku pantas
menoleh .
“ kauuuuuuuu …… !! “ hamper saja aku terjerit. Terkejut aku
dibuatnya. Sesusuk tubuh yang sangat aku kenal. Mana mungkin dia tahu aku berada
disini. Arghhhh . serabut , kusut .!
BAB 2 .
“ris , terkejut dengan kedatangan Dani dekat sini .? kenapa
Ris terkejut ? bukankah Ris sepatutnya gembira bila Dani ada depan mata Ris
.?” Danial Raihan , adik kepada Amir
Raihan yang dulunya merupakan kekaish aku . aku berpisah dengannya kerana aku
tak mampu untuk terus berpura-pura mencintai dia sedangkan ketika itu hati aku
bersama amir. Entah macam mana dani boleh tau yang aku berada disini. Kalau
amir Nampak , habis aku . amir memang tak merestui aku mempunyai hubungan
dengan dani . kata amir , dani seorang lelaki yang tidak boleh dipercayai dan
dikategorikan sebagai buaya tembaga . manakan tidak , bercinta dengan aku .
bersayang dengan orang lain berkasih pula dengan orang lain . entah berapa banyak
gadis yang telah dipermainkannya .
“ macam mana Dani tau Ris dekat sini .?” soalku pada Dani .
mana tidaknya , yang berjanji mahu berjumpa aku Amir Raihan dan yang didepan
aku ni pula Danial Raihan.
“ cinta Dani yang membawa Dani ke sini. Dani nak tunjukkan
pada Ris yang Dani betul-betul cintakan Ris. Ris , Dani tahu . dulu Dani banyak
buat salah dengan Ris. Dani permainkan cinta Ris. Dani tahu Dani tersilap
menilai kaish saying Ris pada Dani. Sudi tak Ris terima Dani. “ sudah … macam mana aku nak cakap dengan Dani
yang aku memang tak pernah cintakan dia.? Sudah la Dani ni panas baran
orangnya. Habis aku kena belasah nanti dengan Dani. Dalam hati tidak putus aku
mengharapkan ada seseorang akan membantu aku ketika ini ‘I wish I have
superhero right now’ .
“ errr .. Dani ….. “ luah ku teragak-agak . tapi belum
sempat aku menghabiskan bivara , Dani pantas memotong.
“ Ris , akan cakap Ris akan terima Dani kan.? Kalau Ris tak
terima Dani , kita akan mati bersama.? “
hah , itu pasal aku takut nak bagitahu dia. Dia kalu mengugut jangan
dibuat main. Memang akan terjadi lah jawabnya . habislahh .. ape pun kena cakap
jugak .
“ Dani , tak mungkin untuk Ris mencintai Dani. Sebelum ni
pun Ris anggap Dani tak lebih dari seorang kawan. Ris tak mungkin mencintai
Dani. Maafkan Ris , Dani.” Akhirnya ,
terluah juga apa yang cuba aku sampaikan. Melihatkan perubahan air muka Dani.
Aku segera menjarakkan sedikit diriku dengan dirinya. Dalam hati tak
putus-putus berdoa supaya tidak berlakulah apa-apa pada diriku .
“ okey , sekarang . Danial Raihan dan Arina Arise akan mati
bersama sebagai tanda cinta Dani untuk Ris “
selesai Dani menghabiskan kata-katanya . aku Nampak yang dani
mengeluarkan sebilah pisau lipat dari dalam kocek seluarnya. Ya Allah , apa
yang akan terjadi . selamatkanlah kami .
“ ehhh , Rin kat sini rupanya kau. Puas aku cari tadi. Dani
pun ada .? apa adik abang buat kat sini.?”
Entah mana muncul pula Amir Raihan. Kemunculan Amir Raihan tepat pada
masanya. Dani yang baru sahaja ingin mengotakan kata-katanya sebentar tadi
terus berubah riak mukanya. Bilah pisau lipat dimasukkan ke koceknya semula.
Dani memandang Amir Raihan sebelum berlalu meninggalkan kami berdua disini
dalam suasana yang romantic.
“ kenapa dengan Dani.? Ehh ada makanan laa. Aku lapar , jum
melantak dulu “ belum pun sempat aku
menjawab pertanyaan Amir. Dia terlebih dahulu menuju ke meja makan. Tanpa
menunggu lebih lama , pantas saja amir menyuapkan makanan yang terhidang
dihapannya ke mulutnya. Aku lantas berjalan menuju ke meja yang dihias indah dan
mengambil tempat dihadapan Amir. Terasa janggal pula berada dalam keadaan yang
romantic bersama Amir. Tanpa aku sedari aku tersenyum sendirian dan muka ku
berubah rona.
“ terima kasih amir sebab tolong aku tadi.” Aku mulakan biacara memandangkan suasana sepi
yang sebegini tidak berapa disukai olehku. Untuk menghidupkan suasana aku
mengambil langkah untuk mulakan dahulu.
“ untuk apa.? “ Amir
bertanya semula pada aku tanpa menoleh ke wajahku. Dia yang asyik menikmati
hidangan ynag ditinggalkan oleh Dani sebentar tadi kelihatan sebegitu lapar .
mungkin dia tidak sempat menjamah sebarang makanan sebelum bergegas ke sini
untuk bertemu denganku .
“ kau betul tak tau.? Kau tak Nampak apa yang Dani cuba
lakukan kat aku.?” Soalku pada Amir .
kalau benar dia tidak melihat ketika Dani mengeluarkan pisau sebentar tadi ,
baguslah . lagipun , Dani itu satu-satunya adiknya. Walaupun Dani tu teruk. Aku
pasti Amir tetap menyayangi Dani. Buktinya , dia sanggup tidak bercakap dan
lansung tidak menghubungi aku ketika aku bercinta dengan Dani. Katanya , dia
tidak mahu Dani cemburu.
“ aku tak Nampak apa-apa pun. Apa yang cuba adik aku buat
Rin.? “ kali ini Amir memberhentikan suapannya dan memandang tepat ke wajahku.
Dalam hati , aku alhirkan rasa syukur kerana Amir betul-betul tidak
mengetahuinya .
“ tak de apa-apa. Sambunglah makan kau. Aku nak naik bilik ,
penat sangat ni. Lagi pun dari pagi aku tak mandi. Bilik aku 3-013 . kalau ada
apa-apa sms atau call je aku okey. Byee amir Raihan . “ tanpa menunggu jawapan darinya aku terus
melangkah kepintu untuk menuju ke lobby hotel. Terasa getaran dikocek seluar
membuatkan aku hampir terkejut.
+ Rin , jaga diri. I love you. #amir raihan
-jangan merepek amir #arina arise
+ I love you as a friend # amir raihan
Pesanan dari amir pada awalnya membuatkan hatiku mekar
berbunga. Tapi , setelah Amir menyatakan hanya sebagai kawan. Apa yang mampu
aku ucapkan.? Aku pantas menuju ke pintu lif yang terbuka luas . sesampainya
aku dibilik , aku membersihkan diri dan terus merebahkan diri . tidak perlu
masa yang lama , aku terus dibuai mimpi indah. Mengharapkan esok lebih indah
dari hari ini .
+++++++++++++++++++++
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu
Lagu yang aku khaskan untuk Amir raihan berkumandang buat kali ke-3 . sekaligus menganggu tidur lenaku . dengan mata yang masih terpejam rapat aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilannya.
“nak apa kacau orang pagipagi
ni.?” Sergah ku padanya yang mengganggu
lena tidurku. Mujur Amir Raihan , tidak lah aku begitu marah seperti kebiasaan
bila Dani mengejutku dari tidur suatu ketika dahulu.
“hello cik kak , pagi hangguk
kau. Dah tengah hari , bangunlah. Aku tunggu kau kat lobby nak lunch
sama.” Belum sempat aku membidas
kata-katanya dia sudah menamatkan panggilan. Aku yakin amir pasti dapat
mengagak apa yang akan aku katakana sekiranya menunggu jawapan aku. Baik aku
bersiap sekarang.
Seusai mandi, aku yang sedang
bertuala mengatur langkah kekatil. Baru aku teringat , semalam aku membawa diri
kesini tanpa bawa pakaian ku sekali. Itulah , gelojoh sangat nak lari dari
Irwan Rifqal tu. Aku pantas mencapai baju busuk yang telah seharian aku pakai
semalam dan lantas aku sarungkan ke tubuhku. ‘ajak amir pegi beli baju la kejap
lagi’ desis hatiku penuh harapan supaya amir bersetuju.
Setelah siap berpakaian dan
menyisir rapi rambutku yang seakan lelaki aku melangkas pantas menuju ke lobby.
Takut juga kalau-kalau si amir sudah meninggalkan ku sendirian.
Sesampainya aku di lobby , aku
tercari-cari kelibat amir. Pantas aku mendail nombor bimbitnya .
“amir , kat mana .?” soalku
tergesa-gesa. Rasa bersalah menyelubingi perasaan aku.
“belakang kau je.” Jawabnya dalam nada suara yang mendatar. Aku
dapat dengar suaranya yang seakan dekat dengan diriku. Dan , apabila aku pusing
kebelakang. Hampir sahaja dahiku bertemu bibirnya. Sudah kali kedua selepas
kejadian tempoh hari.
“kau ni,selalu lahh.” Marahku
padanya. Geram dengan tindakannya yang sudah dua kali mengenakanku . buatnya
tadi memang terkena. Siapa yang nak bertanggungjawab.? Amir .? tidak mungkin.
Mati ditetak fasha adira pula karang.
“jum pegi makan dekat cafĂ©”
ajakan amir menyedarkan aku dari lamunanku.
“lepas makan teman aku beli baju
aku eh amir” soalku pada amir dengan harapan dia akan bersetuju. Kalau tidak
habis aku. Tak kan lah aku nak pakai baju ni je kot.
“ye lah”
Sunday, 8 April 2012
Pengenalan Diri Saya Kpd Kowng Semua
CERITA SAYA
ASALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA
KWN2 BLOG YG SUDI BACA CERITA SAYA YG SAYA INGIN SAMPAI KAN KEPADA KOWNG
SEMUA..TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MEMPERKENALKAN DIRI SAYA KEPADA KOWNG
SEMUA..NAMA SAYA INTAN SUHAIRA BINTI KHAIRUL ANNUAR..UMUR 14 TAHUN..SEKOLAH KAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG..DUDUK KAT RAWANG OR SUNGAI BULOH..DAN
KORANG BLEY PANGGIL AQ INTAN OR EIRA OKEY…SAYA X SUKA CARI GADUH NGAN OWNG LAEN
TERUTAMA OWNG YG LBIH TUA DRI PDA AQ..AQ BARU JER BUAT BLOG SEMALAM..ITU P0N AQ
TGK AKQ AQ BERBLOG MCM BEST JER..AQ P0N APE LAGI..AQ BUKA LAH ACCOUNY BLOG AQ
SENDIRI..SEBENARNYA AQ DH TAHU PASAL BLOG TAPI AQ GUNA BLOG AKQ AQ..AQ MALAS NK
BUAT BLOG AQ SENDIRI..HIHIHIHI AQ MMG PEMALAS SIKIT..BAB2 NK TULIS CERITA PASAL
APE YG BELAKU SELAMA NIE KAT BLOG AQ SENDIRI..TAPI AQ RAJIN TULIS CERITA PASAL
APE YG BERLAKU SELAMA NIE KAT BLOG AKQ
AQ..AQ SEBENARNYA X TAHU NK TULIS APE KAT BLOG AQ SO CERITA NIE LAH..AQ CERITA
KAT KOWNG SEMUA..AQ HARAP KOWNG SEMUA SUKA BACA CERITA SAYA KAT BLOG AQ…<3
PEACE <3
cinta yang sha x sedari terhadap abg angkat dia..iaitu anak kepada mak angkat dia..
“ Dik , abang ada benda nak beritahu.” Suara abang khai yang tiba-tiba menyapa
pendengaranku agak memeranjatkan aku yang sedang sibuk menelaah pelajaran. Spm
semakin hampir dan aku tidak boleh bersenang-lenang lagi.
“ Apanya bang, abang tak Nampak adik busy ni. Kalau kantoi
nanti abang yang malu.” Malas untuk mendengar apa yang hendak dikatakan abang.
Tidak lain tidak bukan pasti mengenai kawannya yang terjatuh cinta dengan aku.
Pelik betul lelaki zaman sekarang. Mudah jatuh cinta kerana paras rupa.
“ Kawan abang nak berkenalan dengan adik. Bolehlah dik, dia
kawan baik abang. “ aku melihat wajah
abang sekilas pandang. Untuk menolak permintaan abang memang sukar sebab aku
terlalu menyayanginya walaupun dia hanya abang angkatku , tapi untuk
menerimanya pula . entahlah …
“ Abang selalu macam tu. Lepas tu adik jugak yang kecewa.
Taknak lah Adik” aku sudah nekad untuk
tidak menerima untuk kali ini. Biarlah aku jatuh cinta secara semulajadi, bukan
kerana abang aku yang bernama khairul farrel bin azhar.
“ tapi , kali ni Faris Dzaikal memang betul-betul jatuh
cinta dengan Qalisha.” Muka abang yang
bersungguh-sungguh membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolaknya. ‘apa
salahnya.mungkin ini jodoh aku’ bisik aku sekadar menyedapkan hati.
“okey. Adik setuju bang. Tapi, adik tak janji adik akan
menyintai dia. Adik juga tak janji yang hubungan kita org akan lebih dari
kawan. Biar lah kita org kenal-kenal dulu. Adik ada soalan nk bg dekat abang.
Abang jujur okay. Dia kerja apa.? Umur
berapa.? Tinggal mana.? Belajar sampai mana.?” Banyak pula soalan yang aku
berikan. Eh , ye lah . ingat untuk mengenali seseorang yang sudah jatuh cinta
padaku mudah.? Aku terima hanya disebabkan abang.
“ nah nombornya, 0123456789. Adik hantar sms ke call ke
untuk lebih kenal dia dengan lebih lanjut. Abang nak pegi rumah dia. Bye
sayang.” Belum sempat aku menghalang. Abang terus beredar meninggalkan aku
sendirian di ruang tamu.
Abang , kenapa lah beria sangat nak carikan jodoh untuk aku.
Sedangkan dirinya sendiri masih tidak berteman walaupun usianya yang menjangkau
29 tahun. Bila aku mengajukan soal ini padanya dia lebih selesa dengan jawapan
‘belum ada jodoh’. Katanya mahu menjadi penjagaku seumur hidupnya. Beruntung
aku, walaupun tidak punya keluarga aku masih punya mama dan abang yg sangat
menyayangiku walaupun mereka sekadar keluarga angkatku.
Selepas isyak, aku meneruskan ulangkaji. Sedang aku membuat
latihan matematik tambahan tajuk differentiation. Telefon bimbitku berlagu
riang menandakan ada pesanan yang masuk. Pantas aku
+ Assalamualaikum sha. Saya Faris Dzaikal. Umur 23 tahun.
Tinggal di Saujana Utama. Saya
belajar Cuma sampai SPM. Kerja pula hanya sekadar dispatch. #FZ
-Tiba-tiba awak bagitahu saya semua ni. Kenapa .? # sha
+ sebab awak yang nak
tahu. #FZ
-ouh , awak kawan abang sy ye.?#sha
+siapa lagi.? Atau awak ramai peminat. So, mcm mana dgn
lamaran sy.?#FZ
-saya nak tidur. Kalau ada jodoh adalahh ye. Ouh dan lagi.
Bukan itu cara nak melamar seorang wanita. Iya, sy tak punya wali tp, kenapa
tak berterus terang dgn sy sendiri. Ada masa kita borak lagi. Good nite.
Assalamualaikum. #Sha
Malas rasanya untuk memikirkan soal cinta pada usia yg baru
mencecah 17 tahun. Kalau bukan kerana abang khai sudah pasti aku tidak akan
melibatkan diri dalam kancah cinta. Cinta yang boleh membutakan mata yg celik,
memekakkan telinga yang boleh mendengar dan membuatkan jantung seolah berhenti
berdegup. Padaku, belum sampai masanya untuk aku bercinta. Tapi, disebabkan
abang khai. Aku turutkan juga.
+++++++++++++++++++
“awak punya exam okay tak.? Anything nak sy bantu awak ke.?
Sy mahir math tau.” Mula dari hari pertama peperiksaan SPM berlangsung Faris
setia menemani aku mengulang kaji saat akhir di halaman rumahku sendiri.
Perasaan aku padanya tak lebih dari perasaan seorang adik pada abangnya.
“okay je. Math dh lama lepas” jawab ku acuh tak acuh
padanya. Sebenarnya aku cukup malas nak menghadap muka Faris ni. Tapi, terpaksa
juga aku gagahkan diri mengahadap muka mamat yg gilakan aku ni. Sebab abang
akan merajuk kalau aku tak nak layan Faris. Katanya Faris kawan baik dia. Jd
dia harus pastikan Faris bahagia. Habis, bagaimana pula dgn abang.? Itu, aku
sendiri masih tak punya jawapannya.
+++++++++++++++++++++++++++++
“good morning ibu. “ sapa aku sebaik sahaja memasuki dapur.
Kebiasaanya , orang gaji rumah kami kak milah dan kak jah akan diberi cuti pada
hari sabtu dan ahad oleh ibu. Katanya , biarlah ibu yang selesaikan semuanya
memandangkan ibu cuti pada hari tersebut.
“good morning sayang. Tak keluar hari ni.? Exam habis dah
kan.? Tak nak pegi enjoy” Pertanyaan ibu yang sedang memotong ayam mebuatkan
aku bertanya pada diriku sendiri. ‘nak kemana hari ni. Exam baru habis semalam.
Mesti seronok dapat enjoy. Tapi dengan siapa.? Aku bukan ada kawan. Ajak abang
laa.’ aku tersenyum pada ibu dan
mengambil tempat berhadapan ibu. Lantas
mengeluarkan telefon bimbit dan mula menghantar pesanan pada abang yang mungkin
sedang enak tidur dibiliknya.
-abang, bangun. Adik nak ajak keluar. Ibu suruh. Cepat sikit
ya bang.
+adik sayang, kenapa tak naik kejut abang. Tak senonoh
hantar sms. Dekatkan.?
-abang macam tak tau je. Adik mana pernah pegi depan bilik
abang. Malu lah adik nak tgk abang , abang selalu tidur tak pakai baju.
+abang turun sekarang. Buatkan air abang.
Selepas menerima pesanan terakhir dari abang khai aku
melangkah ke kabinet dan menuang air kopi yang sudah siap dibancuh ibu awal
pagi tadi.
“good morning ibu. Ada breakfast tak.? Abang lapar.” Abang
yang kelihatan seperti baru mandi terus melangkah kearah aku dan pantas
mencapai tudung saji untuk melihat sarapan pagi yang ibu sediakan. Tapi,
menghampakan.
“ abang, sejak ayah meninggal. Kita tak pernah sarapan kan.?
Dulu, ayah je selalu sarapan. Ibu dengan abang dan adik mana suka sarapan kan.?
Abang ajak adik makan kat luarlah. Tengah hari ibu masak okey.” Benar kata ibu. Selepas pemergian ayah, tiada
lagi sarapan yang disediakan memandangkan ayah seorang yang biasa dengan
sarapan manakala abang,ibu dan aku. Tidak boleh makan pagi atau kami akan
muntahkan kembali. Tapi sekarang jam dah menunjukkan jam sebelas. Adakah masih
dikira sarapan juga.?
“ tak pe lah ibu. Abang nak bawa adik keluar. Dia kata ibu
suruh. Atau ibu nak suruh kami keluar lepas lunch.?” Abang menoleh kearahku
sambil mengenyit matanya. Abang memang begitu mesti nak suruh aku sokong dia
keluar pagi-pagi ni. Kesian ibu.
“ibu, tak de program dengan persatuan ke bu.?” Soalku pada
ibu. Jika ibu mengatakan ‘ada’ maka aku dan abang boleh keluar sekarang juga.
“ ya Allah , ibu terlupa. Okey korang keluar nah duit and
debit card. Ibu tak de cash. Byee sayang. Jumpa malam okey.” Belum sempat kami
berkata apa-apa ibu berlalu meninggalkan kami dan ayam yang sudah habis
dikerjakannya. Aku merapati ayam tersebut dan mengisinya kedalam bekas lantas
memasukkan ayam tersebut kedalam peti ais dan abang pula mengambil duit dan
debit card yang ditinggalkan ibu dan terus menuju ke ruang tamu mengambil kunci
kereta.
“ sha pergi mandi cepat. Abang panaskan enjin kereta. Cepat
sayang.!” Jerit abang bila dia terlihat aku masih duduk di bangku meja makan.
Aku terus berlari menuju kebilik dan beberapa minit
kemudian. Aku lengkap berpakaian serba oren sengaja memilih oren untuk sepadan
dengan abang.
Aku melangkah menuruni anak tangga dan menuju kearah Mini
Cooper kepunyaan abang sempena ulangtahun 21 abang yang lepas.
Kami menghabiskan masa berasama dan mengakhiri hari ini
dengan menonton ombak rindu tayangan tengah malam. Yang kelakarnya, abang boleh
menangis seperti seorang perempuan yang baru putus cinta.
“ kita macam pasangan bercinta kan sha.? Abang seronok hari
ni sayang.” Abang bersuara tenang sambil memandu membelah lebuhraya dalam
keheningan malam. Dan aku tiada jawapan untuk itu. Aku hanya tersenyum dan
memejamkan mata berpura-pura tidur. ‘salahkah abang dan adik begini,.?’ Soal
hati ku sendiri.
“ dah sampai sha.” Entah bila aku terlelap aku tidak pasti.
Aku dikejutkan abang apabila kami selamat tiba dirumah. Aku pantas mencapai
kunci yang dihulurkan abang dan pantas berlari menuju kebilik. Sesungguhnya aku
sangat mengantuk.
+++++++++++++++++++++++++++++
“ Ris akan cuba jadi yang terbaik untuk Sha.” Aku lihat Ris
beria-ria cuba meyakinkan aku mengenai isi hatinya. Wajahnya yang tampak polos
menggugat hati gadisku.
“Sha beri Ris peluang. Tapi sha kena beritahu abang dengan
mama dulu. Boleh.?” Aku aykin untuk memberinya peluang selepas apa yang dia
lakukan pada aku selama beberapa bulan kami berkenalan.
Dari gaya dan perwatakkannya Faris kelihatan seperti seorang
jejaka yang sangat berbudi bahasa dan bersopan santun. Aku tidak menafikannya.
Sepanjang perkenalan aku dengannya. Aku lihat dari cara dia
berjalan,bercakap,berjenaka dan berbagai lagi penuh dengan sopan dan santun.
Untuk mecari lelaki sepertinya pada zaman sekarang memang sukar. Tetapi, Farsi
tetap tidak boleh menewaskan abang Khai yang lebih segala-galanya dari Faris.
Abang lebih bersopan-santun dan berbudi bahasa darinya. Pendek kata. Abang
ialah jejaka yang paling sempurna dihati aku.
“sha dah sampai mana.?” Teguran Faris menyedarkan aku dari
lamunan. Aku memandangnya yang masih tenang memandu. Selepas makan tengahari
bersamanya, aku pinta dia menghantar aku pulang. Alasanku ‘tak sabar nak
beritahu abang dan mama pasal aku dan Faris’.
“ apa Ris merepek.?” Soalku pada faris.
“ ris Nampak Sha termenung jauh tadi. Tu yang Ris Tanya.” Jawapan
dari zFaris benar-benar buat aku terkaku di tempat dudukku
“ dah lah Ris. Dah nak sampai ni. Cepat sikit bawa tu. Sha
dah excited nak bg tahu pasal kita”hanya itu jawapan yang aku ada buat masa ni.
Entah ya entahkan tidak. Kesahihan kata-kataku sebentar tadi tidak dapat
dipastikan oleh aku sendiri walaupun jauh disudut hati aku menginginkannya
berlaku. Mencintai dan dicintai oleh Faris Dzaikal.
“okey” aku dapat lihat senyuman yang terukir dibibir faris.
Aku tahu dia sangat menyayangiku. Dan aku , ingin sekali menyayanginya.
++++++++++++++++
“assalamualaikum ibu , abang. Sha baru balik dating dengan
Ris.” Aku member salam sebaik sahaja aku terpandang kelibat ibu dan abang di
tepi kolam mandi rumah kami.
“seronok anak ibu dating ya. Macam mana.?” Aku lihat ibu
tersenyum dan begitu juga abang. Ibu sudah memberhentikan bacaan novelnya. Dan
abang pula sudah duduk tegak. Mereka kelihatan sudah tidak sabar untuk
mengetahui perkara selanjutnya dariku.
“ Alhamdulillah ibu, abang. Tadi Ris dah melamar Sha. Sha akan
beri dia peluang dan sha akan cuba untuk mencintai dia sebagaimana dia
mencintai Sha. Doakan Sha bahagia ya ibu, abang.” Luahku dengan harapan ibu dan
abang akan merestui hubungan yang baru sahaja hendak terjalin antara aku dan
Faris Dzaikal.
“ ibu restu Sha” ibu tersenyum memandangku.
“ adik abang dah jatuh cinta.” Belum pun sempat aku menepis
kata-kata abang. Dia terlebih dahulu bangun dan menuju ketingkat atas. Pasti
kebiliknya. Biasalah abang. Asik berkurung saja.
Aku meminta izin ibu untuk masuk ke bilik memandangkan
badanku yang minta direhatkan setelah seharian berjalan meluangkan masa dengan
Ris siang tadi.
+++++++++++++++++++++++++
“abang, confirm nak pegi United Kingdom tu.? Abang tak kisah
tinggalkan Sha dengan mama dekat sini.? Abang tak pernah macam ni. Buat
keputusan tak bincang dengan Sha.!” Entah mengapa, sejak aku memberitahu abang
dan ibu mengenai hubungan aku dengan Ris. Abang seolah-olah ingin menjauhkan
diri dari aku.mengetahui yang abang akan melanjutkan pelajaran di United
Kingdom aku seakan-akan tidak dapat menerimanya. Tambah lagi abang akan menetap
disana selama 8 atau 9 tahun.
Aku yakin. Aku akan merinduinya. Rindu seorang adik pada
abangnya. Salahkah.? Tapi, andai ini yang terbaik untuk masa depan abang. Aku
perlu redha.
“abang terpaksa sayang. Jangan lah macam ni. Ris kan boleh
temankan Sha” suara abang yang ceria seolah-olah tidak kisah untuk meninggalkan
aku di Malaysia. Aku tahu, abang sudah lama mengimpikan untuk sambung belajar
di sana.
“ okey bang, abang pergi je lah. Sha bukan siapa-siapa. Sha
okey. Sha Cuma perlukan ris dan ibu je dekat sisi Sha. Sha rasa Sha okey.”
Sengaja aku berkata-kata begitu. Aku sengaja hendak menduga hati abang.
Sanggupkah dia membiarkan aku hidup sendirian tanpanya disisi. Aku memang masih
punya ibu tapi aku yakin tanpa abang disisi hidup aku tidak akan indah seperti
sebelum-sebelumnya.
Aku hampa kerana abang Cuma tersenyum kepadaku. Seusai itu,
dia melangkah ke ruang peribadinya yang aku sendiri tidak pernah tegar untuk
melangkah ke dalam ruang itu. Biar lah, jika abang sudah pasti dengan
keputusannya. Aku tidak mampu untuk menghalangnya lagi.
+++++++++++++++++
Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan. Aku
ditemani Faris hadir ke sekolah untuk mengambil resultku. Alangkah gementar
rasa hati ini membayangkan bagaimanakah keputusan yang akan menentukan masa
depanku.
Aku melangkah ke kaunter 5 kejuruteraan Awam. Faris yang
menanti di pintu aku pandang dengan perasaan yang begitu berdebar-debar. Faris
hanya melemparkan senyumannya padaku.
“ yesssssss…..” aku menjerit kepuasan memandangkan keputusan
yang aku perolehi sangat memuaskan hati aku. Aku melangkah mendekati Faris yang
sudah tersenyum memandangku.
“berapa A.?” soal Faris.
“ tak ada A.” balasku dengan senyuman penuh makna.
Belum sempat aku menyambung kataku. Faris terlebih dahulu
merampas slip keputusan dari tanganku.
“memang lah tak ada A. Cuma 10 A ‘plus’ “ kata Faris seraya
menarik hujung tudungku.
“jom balik. Nak bagi tahu ibu.” Kata ku pada Faris.
+++++++++++++++++++++++++
Sudah setahun abang berangkat ke United Kingdom setahun
jugalah abang tidak mengirim sebarang berita buat aku dan ibu. Kini, aku
menuntut di UiTm Melaka dalam jurusan kejuruteraan sivil.
Aku dan faris semakin bahagia. Aku yakin faris menyintai aku
sepenuh hatinya. Dan aku masih lagi mecuba untuk menyintainya sepenuh hatiku.
apa yang ditenungkan
Qalisha.? Rindu pada siapa.? Atau rindu pada abang Khai.?” Entah bila Faris
berada disebelahku aku tidak pasti.
“sha tengah fikir kenapa Ris boleh jatuh cinta dengan Sha.?”
Sengaja aku menduga apa jawapannya. Kadang-kadang aku egmar mebusik Faris
kerana aku suka melihat wajahnya yang akan merona malu bila ditanya begitu.
“sha, ini ada surat yang dah lama Ris simpan. Ini amanah
Khai. Sha , jangan risau ye. Khai Cuma merantau ke United Kingdom. Ibu selalu
bertemu dengan dia diluar pengetahuan sha. Khai yang suruh sayang. Khai kata
berikan surat ni pada sha bila Ris dah yakin yang cinta Sha untuk Ris” jawapan
yang aku harapkan akhirnya tidak terjawab. Malah , Ris menghulurkan sampul
surat hijau muda kepadaku. surat yang bersampul hijau muda itu bertukar tangan.
Pantas aku membuka untuk membaca isinya.
Assalamualaikum
sayang….
Abang pasti sha
merindui abang kan.? Abang juga begitu sayang. Tapi , apalah daya abang untuk
melihat sha bahagia sedangkan abang sendiri merana kerana mencintai adik abang
sendiri. Abang yakin semasa sha membaca surat ini, pasti faris sudah
membahagiakan sha. Abang nak beritahu sha. Abang mencintai sha semenjak kali
pertama abang bertemu sha semasa usia sha 13 tahun lagi. Sha pasti tidak
menyangka kan.?
Abang tak berani untuk
luahkan pada sha . sebab abang yakin . sha akan menolak. Abang ambil keputusan
untuk lepaskan sha dari hati abang. Untuk biarkan sha hidup sendiri dengan
pilihan sha. Abang lepaskan sha biarpun hati abang merana sebab abang tak
snaggup nak luahkan apa yang terpendam. Sha , ingat lagi tak masa sha demam
dulu.? Bila ibu dengan ayah sibuk jaga sha. Dan masa tu hubungan kita masih
belum baik sebab abang tak dapat terima sha sebagai adik abang.? Malam tu ,
abang jaga sha tanpa pengetahuan ibu dan ayah. Abang tak nak sha sakit. Abang
tak suka lihat sha lemah tak berdaya. Sha ingat tak abang menangis masa
malam kenduri arwah ayah selepas 100 hari tu. Abang menangis sebab abanmg tak
mampu nak lihat airmata sha mengalir sebab kena herdik dan hina dari maklong.
Lepas malam tu , sha perasan makloing tak dating lagi dh rumah kita.? Sebab
abang pergi jumpa dia, abang cakap ‘kalau maklong tak suka sha jangan jejakkan
kaki kerumah ayah’ . semua nya abang buat untuk sha.
Dan sekarang, bila
abang rasa sha dh jumpa dengan orang yang boleh bahagiakan sha. Apa salahnya
abang bekorban untuk tengok sha bahagia dengan orang yang memang layak dengan
sha. Sha , izinkan abang terus meletakkan mu dalam hati abang sayang.. abang
akan pulang suatu hari nanti. Mungki dimajlis perkahwinan sha dengan Ris…
Air mata aku mengalir laju membasahi pipi. Surat abang
benar-benar buat aku tersedar dari mimpi. Kenapa cepat sangat kau menilai
abang. Kenapa tak bertanya pada aku.?
“sha , ris tahu yang khai memang cintakan sha. Dan Ris pasti
sha juga begitu cintakan Khai” kata-kata yang terkeluar dari mulut Faris
Dzaikal benar-benar buat aku terkejut.
“macam mana ris tahu.?” Tanyaku pelik.
“boleh ris Tanya sesuatu”
‘”tanyalah ris “ aku hanya membenarkannya bertanya.
“ hari jadi sha siapa yang selau wish awal.?”
“abang.!”
“siapa yang selalu temankan sha untuk shoping dan tengok wayang”
“abang lah!”
“siapa yang selalu layan kerenah mengada-ngada Sha.?”
“abang lah.”
“siapa pulak yang sha rindu sekarang ni.?”
“mesti lah abang”
“sha cintakan siapa.?”
“abang lah”
“siapa yang yakinkan sha terima ris.?”
“tentulah abang juga!”
“siapa yang sha pilih.? Ris atau Abang.?”
“mestilah abang.!”
“nah.. kan . sha sangat mencintai abang. Tapi , sha
menafikan sebab sha cuba menganggap abang sha Cuma sebagai abang. Tapi hati sha
menganggap lebih. Pergilah kejar Khai sha. Dia ada di rumah ketika ini dengan ibu
Sha.pergilah sha.kejar lah cinta Sha sebelum ia terlambat. Faris redha kalau
Sha bukan jodoh Ris. Ris nak tengok Sha bahagia. Pergilah Sha” Faris
menghulurkan kunci keretanya. Aku lihat Faris menitikkan air matanya. Aku tahu,
Faris amat menyintai aku. Setelah berfikir beberapa ketika… Aku pantas
menyambar kunci kereta yang dihulurkannya dan terus memasuki kereta dan
memandunya laju pulang ke rumah untuk bertemu dengan abang.
+++++++++++++++++++++++++++++
“kenapa abang tak Tanya sha.? Kenapa abang buat keputusan
sendiri.? Abang tahu tak.? Jiwa dan raga sha terseksa menangung rindu yang sha
sangkakan rindu untuk seorang abang tapi sebenarnya lebih. Abang pergi
tinggalkan sha tanpa sepatah kata. Tanpa sedar sha mula mencintai abang.
Walaupun sebenarnya sha tak tahu bila rasa ini hadir dan bercambah dalam diri
sha. Sha cintakan abang.!” Aku terus menghamburkan segala rasa yang telah lama
aku pendam. Aku sanggup memandu begitu jauh dari Melaka ke KL dan meninggalkan
segala kuliah di UiTM Melaka dan juga Faris hanya untuk abang.
“are you serious sha.?” Tanya abang seolah-olah tidak
percaya dengan apa yang didengarinya. Aku dapat lihat ibu tersenyum bersama
airmata yang bertakung ditubir matanya.
‘”yes I am abang.!” Aku menjawab dalam suara yang serak
akibat yang patut aku terima disebabkan aku menangis sepanjang pemanduan pulang ke kuala
lumpur .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ aku terima nikahnya Qalisha binti Ahmad Hayyat dengan mas
kahwin 333.33 ringgit Malaysia” dengan sekali lafaz. Qalisha sah menjadi isteri
kepada khairul Farrel.
Malam itu sedang saudara sebelah abang bergurau senda aku
meminta diri kebilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Bunyi derapan kaki yang menuju ke bilik benar-benar
menggetarkan jiwaku. Lantas aku melangkah kekatil dan berpura-pura memejamkan
mata.
“terima kasih sayang sebab terima abang dalam hidup sayang”
jelas kedengaran suaranya ditelinga ku. Wajahnya yang terlalu dekat dengan
telingaku membolehkan aku merasa seruan nafasnya.
Assalamualaikum , ini cerpen pertama yang saya hasilkan .
saya masih baru dalam bidang penulisan. Tegur lah saya sekiranya terdapat silap
dan salah dalam karya pertama saya. insyaAllah saya akan cuba mempertingkatkan
usaha dalam karya-karya yang berikut.
Subscribe to:
Posts (Atom)