“ Dik , abang ada benda nak beritahu.” Suara abang khai yang tiba-tiba menyapa
pendengaranku agak memeranjatkan aku yang sedang sibuk menelaah pelajaran. Spm
semakin hampir dan aku tidak boleh bersenang-lenang lagi.
“ Apanya bang, abang tak Nampak adik busy ni. Kalau kantoi
nanti abang yang malu.” Malas untuk mendengar apa yang hendak dikatakan abang.
Tidak lain tidak bukan pasti mengenai kawannya yang terjatuh cinta dengan aku.
Pelik betul lelaki zaman sekarang. Mudah jatuh cinta kerana paras rupa.
“ Kawan abang nak berkenalan dengan adik. Bolehlah dik, dia
kawan baik abang. “ aku melihat wajah
abang sekilas pandang. Untuk menolak permintaan abang memang sukar sebab aku
terlalu menyayanginya walaupun dia hanya abang angkatku , tapi untuk
menerimanya pula . entahlah …
“ Abang selalu macam tu. Lepas tu adik jugak yang kecewa.
Taknak lah Adik” aku sudah nekad untuk
tidak menerima untuk kali ini. Biarlah aku jatuh cinta secara semulajadi, bukan
kerana abang aku yang bernama khairul farrel bin azhar.
“ tapi , kali ni Faris Dzaikal memang betul-betul jatuh
cinta dengan Qalisha.” Muka abang yang
bersungguh-sungguh membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolaknya. ‘apa
salahnya.mungkin ini jodoh aku’ bisik aku sekadar menyedapkan hati.
“okey. Adik setuju bang. Tapi, adik tak janji adik akan
menyintai dia. Adik juga tak janji yang hubungan kita org akan lebih dari
kawan. Biar lah kita org kenal-kenal dulu. Adik ada soalan nk bg dekat abang.
Abang jujur okay. Dia kerja apa.? Umur
berapa.? Tinggal mana.? Belajar sampai mana.?” Banyak pula soalan yang aku
berikan. Eh , ye lah . ingat untuk mengenali seseorang yang sudah jatuh cinta
padaku mudah.? Aku terima hanya disebabkan abang.
“ nah nombornya, 0123456789. Adik hantar sms ke call ke
untuk lebih kenal dia dengan lebih lanjut. Abang nak pegi rumah dia. Bye
sayang.” Belum sempat aku menghalang. Abang terus beredar meninggalkan aku
sendirian di ruang tamu.
Abang , kenapa lah beria sangat nak carikan jodoh untuk aku.
Sedangkan dirinya sendiri masih tidak berteman walaupun usianya yang menjangkau
29 tahun. Bila aku mengajukan soal ini padanya dia lebih selesa dengan jawapan
‘belum ada jodoh’. Katanya mahu menjadi penjagaku seumur hidupnya. Beruntung
aku, walaupun tidak punya keluarga aku masih punya mama dan abang yg sangat
menyayangiku walaupun mereka sekadar keluarga angkatku.
Selepas isyak, aku meneruskan ulangkaji. Sedang aku membuat
latihan matematik tambahan tajuk differentiation. Telefon bimbitku berlagu
riang menandakan ada pesanan yang masuk. Pantas aku
+ Assalamualaikum sha. Saya Faris Dzaikal. Umur 23 tahun.
Tinggal di Saujana Utama. Saya
belajar Cuma sampai SPM. Kerja pula hanya sekadar dispatch. #FZ
-Tiba-tiba awak bagitahu saya semua ni. Kenapa .? # sha
+ sebab awak yang nak
tahu. #FZ
-ouh , awak kawan abang sy ye.?#sha
+siapa lagi.? Atau awak ramai peminat. So, mcm mana dgn
lamaran sy.?#FZ
-saya nak tidur. Kalau ada jodoh adalahh ye. Ouh dan lagi.
Bukan itu cara nak melamar seorang wanita. Iya, sy tak punya wali tp, kenapa
tak berterus terang dgn sy sendiri. Ada masa kita borak lagi. Good nite.
Assalamualaikum. #Sha
Malas rasanya untuk memikirkan soal cinta pada usia yg baru
mencecah 17 tahun. Kalau bukan kerana abang khai sudah pasti aku tidak akan
melibatkan diri dalam kancah cinta. Cinta yang boleh membutakan mata yg celik,
memekakkan telinga yang boleh mendengar dan membuatkan jantung seolah berhenti
berdegup. Padaku, belum sampai masanya untuk aku bercinta. Tapi, disebabkan
abang khai. Aku turutkan juga.
+++++++++++++++++++
“awak punya exam okay tak.? Anything nak sy bantu awak ke.?
Sy mahir math tau.” Mula dari hari pertama peperiksaan SPM berlangsung Faris
setia menemani aku mengulang kaji saat akhir di halaman rumahku sendiri.
Perasaan aku padanya tak lebih dari perasaan seorang adik pada abangnya.
“okay je. Math dh lama lepas” jawab ku acuh tak acuh
padanya. Sebenarnya aku cukup malas nak menghadap muka Faris ni. Tapi, terpaksa
juga aku gagahkan diri mengahadap muka mamat yg gilakan aku ni. Sebab abang
akan merajuk kalau aku tak nak layan Faris. Katanya Faris kawan baik dia. Jd
dia harus pastikan Faris bahagia. Habis, bagaimana pula dgn abang.? Itu, aku
sendiri masih tak punya jawapannya.
+++++++++++++++++++++++++++++
“good morning ibu. “ sapa aku sebaik sahaja memasuki dapur.
Kebiasaanya , orang gaji rumah kami kak milah dan kak jah akan diberi cuti pada
hari sabtu dan ahad oleh ibu. Katanya , biarlah ibu yang selesaikan semuanya
memandangkan ibu cuti pada hari tersebut.
“good morning sayang. Tak keluar hari ni.? Exam habis dah
kan.? Tak nak pegi enjoy” Pertanyaan ibu yang sedang memotong ayam mebuatkan
aku bertanya pada diriku sendiri. ‘nak kemana hari ni. Exam baru habis semalam.
Mesti seronok dapat enjoy. Tapi dengan siapa.? Aku bukan ada kawan. Ajak abang
laa.’ aku tersenyum pada ibu dan
mengambil tempat berhadapan ibu. Lantas
mengeluarkan telefon bimbit dan mula menghantar pesanan pada abang yang mungkin
sedang enak tidur dibiliknya.
-abang, bangun. Adik nak ajak keluar. Ibu suruh. Cepat sikit
ya bang.
+adik sayang, kenapa tak naik kejut abang. Tak senonoh
hantar sms. Dekatkan.?
-abang macam tak tau je. Adik mana pernah pegi depan bilik
abang. Malu lah adik nak tgk abang , abang selalu tidur tak pakai baju.
+abang turun sekarang. Buatkan air abang.
Selepas menerima pesanan terakhir dari abang khai aku
melangkah ke kabinet dan menuang air kopi yang sudah siap dibancuh ibu awal
pagi tadi.
“good morning ibu. Ada breakfast tak.? Abang lapar.” Abang
yang kelihatan seperti baru mandi terus melangkah kearah aku dan pantas
mencapai tudung saji untuk melihat sarapan pagi yang ibu sediakan. Tapi,
menghampakan.
“ abang, sejak ayah meninggal. Kita tak pernah sarapan kan.?
Dulu, ayah je selalu sarapan. Ibu dengan abang dan adik mana suka sarapan kan.?
Abang ajak adik makan kat luarlah. Tengah hari ibu masak okey.” Benar kata ibu. Selepas pemergian ayah, tiada
lagi sarapan yang disediakan memandangkan ayah seorang yang biasa dengan
sarapan manakala abang,ibu dan aku. Tidak boleh makan pagi atau kami akan
muntahkan kembali. Tapi sekarang jam dah menunjukkan jam sebelas. Adakah masih
dikira sarapan juga.?
“ tak pe lah ibu. Abang nak bawa adik keluar. Dia kata ibu
suruh. Atau ibu nak suruh kami keluar lepas lunch.?” Abang menoleh kearahku
sambil mengenyit matanya. Abang memang begitu mesti nak suruh aku sokong dia
keluar pagi-pagi ni. Kesian ibu.
“ibu, tak de program dengan persatuan ke bu.?” Soalku pada
ibu. Jika ibu mengatakan ‘ada’ maka aku dan abang boleh keluar sekarang juga.
“ ya Allah , ibu terlupa. Okey korang keluar nah duit and
debit card. Ibu tak de cash. Byee sayang. Jumpa malam okey.” Belum sempat kami
berkata apa-apa ibu berlalu meninggalkan kami dan ayam yang sudah habis
dikerjakannya. Aku merapati ayam tersebut dan mengisinya kedalam bekas lantas
memasukkan ayam tersebut kedalam peti ais dan abang pula mengambil duit dan
debit card yang ditinggalkan ibu dan terus menuju ke ruang tamu mengambil kunci
kereta.
“ sha pergi mandi cepat. Abang panaskan enjin kereta. Cepat
sayang.!” Jerit abang bila dia terlihat aku masih duduk di bangku meja makan.
Aku terus berlari menuju kebilik dan beberapa minit
kemudian. Aku lengkap berpakaian serba oren sengaja memilih oren untuk sepadan
dengan abang.
Aku melangkah menuruni anak tangga dan menuju kearah Mini
Cooper kepunyaan abang sempena ulangtahun 21 abang yang lepas.
Kami menghabiskan masa berasama dan mengakhiri hari ini
dengan menonton ombak rindu tayangan tengah malam. Yang kelakarnya, abang boleh
menangis seperti seorang perempuan yang baru putus cinta.
“ kita macam pasangan bercinta kan sha.? Abang seronok hari
ni sayang.” Abang bersuara tenang sambil memandu membelah lebuhraya dalam
keheningan malam. Dan aku tiada jawapan untuk itu. Aku hanya tersenyum dan
memejamkan mata berpura-pura tidur. ‘salahkah abang dan adik begini,.?’ Soal
hati ku sendiri.
“ dah sampai sha.” Entah bila aku terlelap aku tidak pasti.
Aku dikejutkan abang apabila kami selamat tiba dirumah. Aku pantas mencapai
kunci yang dihulurkan abang dan pantas berlari menuju kebilik. Sesungguhnya aku
sangat mengantuk.
+++++++++++++++++++++++++++++
“ Ris akan cuba jadi yang terbaik untuk Sha.” Aku lihat Ris
beria-ria cuba meyakinkan aku mengenai isi hatinya. Wajahnya yang tampak polos
menggugat hati gadisku.
“Sha beri Ris peluang. Tapi sha kena beritahu abang dengan
mama dulu. Boleh.?” Aku aykin untuk memberinya peluang selepas apa yang dia
lakukan pada aku selama beberapa bulan kami berkenalan.
Dari gaya dan perwatakkannya Faris kelihatan seperti seorang
jejaka yang sangat berbudi bahasa dan bersopan santun. Aku tidak menafikannya.
Sepanjang perkenalan aku dengannya. Aku lihat dari cara dia
berjalan,bercakap,berjenaka dan berbagai lagi penuh dengan sopan dan santun.
Untuk mecari lelaki sepertinya pada zaman sekarang memang sukar. Tetapi, Farsi
tetap tidak boleh menewaskan abang Khai yang lebih segala-galanya dari Faris.
Abang lebih bersopan-santun dan berbudi bahasa darinya. Pendek kata. Abang
ialah jejaka yang paling sempurna dihati aku.
“sha dah sampai mana.?” Teguran Faris menyedarkan aku dari
lamunan. Aku memandangnya yang masih tenang memandu. Selepas makan tengahari
bersamanya, aku pinta dia menghantar aku pulang. Alasanku ‘tak sabar nak
beritahu abang dan mama pasal aku dan Faris’.
“ apa Ris merepek.?” Soalku pada faris.
“ ris Nampak Sha termenung jauh tadi. Tu yang Ris Tanya.” Jawapan
dari zFaris benar-benar buat aku terkaku di tempat dudukku
“ dah lah Ris. Dah nak sampai ni. Cepat sikit bawa tu. Sha
dah excited nak bg tahu pasal kita”hanya itu jawapan yang aku ada buat masa ni.
Entah ya entahkan tidak. Kesahihan kata-kataku sebentar tadi tidak dapat
dipastikan oleh aku sendiri walaupun jauh disudut hati aku menginginkannya
berlaku. Mencintai dan dicintai oleh Faris Dzaikal.
“okey” aku dapat lihat senyuman yang terukir dibibir faris.
Aku tahu dia sangat menyayangiku. Dan aku , ingin sekali menyayanginya.
++++++++++++++++
“assalamualaikum ibu , abang. Sha baru balik dating dengan
Ris.” Aku member salam sebaik sahaja aku terpandang kelibat ibu dan abang di
tepi kolam mandi rumah kami.
“seronok anak ibu dating ya. Macam mana.?” Aku lihat ibu
tersenyum dan begitu juga abang. Ibu sudah memberhentikan bacaan novelnya. Dan
abang pula sudah duduk tegak. Mereka kelihatan sudah tidak sabar untuk
mengetahui perkara selanjutnya dariku.
“ Alhamdulillah ibu, abang. Tadi Ris dah melamar Sha. Sha akan
beri dia peluang dan sha akan cuba untuk mencintai dia sebagaimana dia
mencintai Sha. Doakan Sha bahagia ya ibu, abang.” Luahku dengan harapan ibu dan
abang akan merestui hubungan yang baru sahaja hendak terjalin antara aku dan
Faris Dzaikal.
“ ibu restu Sha” ibu tersenyum memandangku.
“ adik abang dah jatuh cinta.” Belum pun sempat aku menepis
kata-kata abang. Dia terlebih dahulu bangun dan menuju ketingkat atas. Pasti
kebiliknya. Biasalah abang. Asik berkurung saja.
Aku meminta izin ibu untuk masuk ke bilik memandangkan
badanku yang minta direhatkan setelah seharian berjalan meluangkan masa dengan
Ris siang tadi.
+++++++++++++++++++++++++
“abang, confirm nak pegi United Kingdom tu.? Abang tak kisah
tinggalkan Sha dengan mama dekat sini.? Abang tak pernah macam ni. Buat
keputusan tak bincang dengan Sha.!” Entah mengapa, sejak aku memberitahu abang
dan ibu mengenai hubungan aku dengan Ris. Abang seolah-olah ingin menjauhkan
diri dari aku.mengetahui yang abang akan melanjutkan pelajaran di United
Kingdom aku seakan-akan tidak dapat menerimanya. Tambah lagi abang akan menetap
disana selama 8 atau 9 tahun.
Aku yakin. Aku akan merinduinya. Rindu seorang adik pada
abangnya. Salahkah.? Tapi, andai ini yang terbaik untuk masa depan abang. Aku
perlu redha.
“abang terpaksa sayang. Jangan lah macam ni. Ris kan boleh
temankan Sha” suara abang yang ceria seolah-olah tidak kisah untuk meninggalkan
aku di Malaysia. Aku tahu, abang sudah lama mengimpikan untuk sambung belajar
di sana.
“ okey bang, abang pergi je lah. Sha bukan siapa-siapa. Sha
okey. Sha Cuma perlukan ris dan ibu je dekat sisi Sha. Sha rasa Sha okey.”
Sengaja aku berkata-kata begitu. Aku sengaja hendak menduga hati abang.
Sanggupkah dia membiarkan aku hidup sendirian tanpanya disisi. Aku memang masih
punya ibu tapi aku yakin tanpa abang disisi hidup aku tidak akan indah seperti
sebelum-sebelumnya.
Aku hampa kerana abang Cuma tersenyum kepadaku. Seusai itu,
dia melangkah ke ruang peribadinya yang aku sendiri tidak pernah tegar untuk
melangkah ke dalam ruang itu. Biar lah, jika abang sudah pasti dengan
keputusannya. Aku tidak mampu untuk menghalangnya lagi.
+++++++++++++++++
Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan. Aku
ditemani Faris hadir ke sekolah untuk mengambil resultku. Alangkah gementar
rasa hati ini membayangkan bagaimanakah keputusan yang akan menentukan masa
depanku.
Aku melangkah ke kaunter 5 kejuruteraan Awam. Faris yang
menanti di pintu aku pandang dengan perasaan yang begitu berdebar-debar. Faris
hanya melemparkan senyumannya padaku.
“ yesssssss…..” aku menjerit kepuasan memandangkan keputusan
yang aku perolehi sangat memuaskan hati aku. Aku melangkah mendekati Faris yang
sudah tersenyum memandangku.
“berapa A.?” soal Faris.
“ tak ada A.” balasku dengan senyuman penuh makna.
Belum sempat aku menyambung kataku. Faris terlebih dahulu
merampas slip keputusan dari tanganku.
“memang lah tak ada A. Cuma 10 A ‘plus’ “ kata Faris seraya
menarik hujung tudungku.
“jom balik. Nak bagi tahu ibu.” Kata ku pada Faris.
+++++++++++++++++++++++++
Sudah setahun abang berangkat ke United Kingdom setahun
jugalah abang tidak mengirim sebarang berita buat aku dan ibu. Kini, aku
menuntut di UiTm Melaka dalam jurusan kejuruteraan sivil.
Aku dan faris semakin bahagia. Aku yakin faris menyintai aku
sepenuh hatinya. Dan aku masih lagi mecuba untuk menyintainya sepenuh hatiku.
apa yang ditenungkan
Qalisha.? Rindu pada siapa.? Atau rindu pada abang Khai.?” Entah bila Faris
berada disebelahku aku tidak pasti.
“sha tengah fikir kenapa Ris boleh jatuh cinta dengan Sha.?”
Sengaja aku menduga apa jawapannya. Kadang-kadang aku egmar mebusik Faris
kerana aku suka melihat wajahnya yang akan merona malu bila ditanya begitu.
“sha, ini ada surat yang dah lama Ris simpan. Ini amanah
Khai. Sha , jangan risau ye. Khai Cuma merantau ke United Kingdom. Ibu selalu
bertemu dengan dia diluar pengetahuan sha. Khai yang suruh sayang. Khai kata
berikan surat ni pada sha bila Ris dah yakin yang cinta Sha untuk Ris” jawapan
yang aku harapkan akhirnya tidak terjawab. Malah , Ris menghulurkan sampul
surat hijau muda kepadaku. surat yang bersampul hijau muda itu bertukar tangan.
Pantas aku membuka untuk membaca isinya.
Assalamualaikum
sayang….
Abang pasti sha
merindui abang kan.? Abang juga begitu sayang. Tapi , apalah daya abang untuk
melihat sha bahagia sedangkan abang sendiri merana kerana mencintai adik abang
sendiri. Abang yakin semasa sha membaca surat ini, pasti faris sudah
membahagiakan sha. Abang nak beritahu sha. Abang mencintai sha semenjak kali
pertama abang bertemu sha semasa usia sha 13 tahun lagi. Sha pasti tidak
menyangka kan.?
Abang tak berani untuk
luahkan pada sha . sebab abang yakin . sha akan menolak. Abang ambil keputusan
untuk lepaskan sha dari hati abang. Untuk biarkan sha hidup sendiri dengan
pilihan sha. Abang lepaskan sha biarpun hati abang merana sebab abang tak
snaggup nak luahkan apa yang terpendam. Sha , ingat lagi tak masa sha demam
dulu.? Bila ibu dengan ayah sibuk jaga sha. Dan masa tu hubungan kita masih
belum baik sebab abang tak dapat terima sha sebagai adik abang.? Malam tu ,
abang jaga sha tanpa pengetahuan ibu dan ayah. Abang tak nak sha sakit. Abang
tak suka lihat sha lemah tak berdaya. Sha ingat tak abang menangis masa
malam kenduri arwah ayah selepas 100 hari tu. Abang menangis sebab abanmg tak
mampu nak lihat airmata sha mengalir sebab kena herdik dan hina dari maklong.
Lepas malam tu , sha perasan makloing tak dating lagi dh rumah kita.? Sebab
abang pergi jumpa dia, abang cakap ‘kalau maklong tak suka sha jangan jejakkan
kaki kerumah ayah’ . semua nya abang buat untuk sha.
Dan sekarang, bila
abang rasa sha dh jumpa dengan orang yang boleh bahagiakan sha. Apa salahnya
abang bekorban untuk tengok sha bahagia dengan orang yang memang layak dengan
sha. Sha , izinkan abang terus meletakkan mu dalam hati abang sayang.. abang
akan pulang suatu hari nanti. Mungki dimajlis perkahwinan sha dengan Ris…
Air mata aku mengalir laju membasahi pipi. Surat abang
benar-benar buat aku tersedar dari mimpi. Kenapa cepat sangat kau menilai
abang. Kenapa tak bertanya pada aku.?
“sha , ris tahu yang khai memang cintakan sha. Dan Ris pasti
sha juga begitu cintakan Khai” kata-kata yang terkeluar dari mulut Faris
Dzaikal benar-benar buat aku terkejut.
“macam mana ris tahu.?” Tanyaku pelik.
“boleh ris Tanya sesuatu”
‘”tanyalah ris “ aku hanya membenarkannya bertanya.
“ hari jadi sha siapa yang selau wish awal.?”
“abang.!”
“siapa yang selalu temankan sha untuk shoping dan tengok wayang”
“abang lah!”
“siapa yang selalu layan kerenah mengada-ngada Sha.?”
“abang lah.”
“siapa pulak yang sha rindu sekarang ni.?”
“mesti lah abang”
“sha cintakan siapa.?”
“abang lah”
“siapa yang yakinkan sha terima ris.?”
“tentulah abang juga!”
“siapa yang sha pilih.? Ris atau Abang.?”
“mestilah abang.!”
“nah.. kan . sha sangat mencintai abang. Tapi , sha
menafikan sebab sha cuba menganggap abang sha Cuma sebagai abang. Tapi hati sha
menganggap lebih. Pergilah kejar Khai sha. Dia ada di rumah ketika ini dengan ibu
Sha.pergilah sha.kejar lah cinta Sha sebelum ia terlambat. Faris redha kalau
Sha bukan jodoh Ris. Ris nak tengok Sha bahagia. Pergilah Sha” Faris
menghulurkan kunci keretanya. Aku lihat Faris menitikkan air matanya. Aku tahu,
Faris amat menyintai aku. Setelah berfikir beberapa ketika… Aku pantas
menyambar kunci kereta yang dihulurkannya dan terus memasuki kereta dan
memandunya laju pulang ke rumah untuk bertemu dengan abang.
+++++++++++++++++++++++++++++
“kenapa abang tak Tanya sha.? Kenapa abang buat keputusan
sendiri.? Abang tahu tak.? Jiwa dan raga sha terseksa menangung rindu yang sha
sangkakan rindu untuk seorang abang tapi sebenarnya lebih. Abang pergi
tinggalkan sha tanpa sepatah kata. Tanpa sedar sha mula mencintai abang.
Walaupun sebenarnya sha tak tahu bila rasa ini hadir dan bercambah dalam diri
sha. Sha cintakan abang.!” Aku terus menghamburkan segala rasa yang telah lama
aku pendam. Aku sanggup memandu begitu jauh dari Melaka ke KL dan meninggalkan
segala kuliah di UiTM Melaka dan juga Faris hanya untuk abang.
“are you serious sha.?” Tanya abang seolah-olah tidak
percaya dengan apa yang didengarinya. Aku dapat lihat ibu tersenyum bersama
airmata yang bertakung ditubir matanya.
‘”yes I am abang.!” Aku menjawab dalam suara yang serak
akibat yang patut aku terima disebabkan aku menangis sepanjang pemanduan pulang ke kuala
lumpur .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ aku terima nikahnya Qalisha binti Ahmad Hayyat dengan mas
kahwin 333.33 ringgit Malaysia” dengan sekali lafaz. Qalisha sah menjadi isteri
kepada khairul Farrel.
Malam itu sedang saudara sebelah abang bergurau senda aku
meminta diri kebilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Bunyi derapan kaki yang menuju ke bilik benar-benar
menggetarkan jiwaku. Lantas aku melangkah kekatil dan berpura-pura memejamkan
mata.
“terima kasih sayang sebab terima abang dalam hidup sayang”
jelas kedengaran suaranya ditelinga ku. Wajahnya yang terlalu dekat dengan
telingaku membolehkan aku merasa seruan nafasnya.
Assalamualaikum , ini cerpen pertama yang saya hasilkan .
saya masih baru dalam bidang penulisan. Tegur lah saya sekiranya terdapat silap
dan salah dalam karya pertama saya. insyaAllah saya akan cuba mempertingkatkan
usaha dalam karya-karya yang berikut.
cerita ini telah di tulis oleh Intan Suhaira Binti Khairul Annuar..umur 14 tahun..dapat idea dari kakak..cerita ini berkisah kan antara cinta anak angkat kepada mak dia..
ReplyDeletecinta adk agkat kpada abg dia la intan :) salah tuu...
ReplyDeleteHai intan sy nk knl blh x.ini nbr sy 0183299271 itu kalau intan sudi lh col je sy blh
Deleteowhh sorry akq Niki adq x nampak lah akq..jgn lah marah adq =)
ReplyDelete14 tahun tulis cerpen ni..syabas..
ReplyDelete14 tahun tulis cerpen ni..syabas..
ReplyDeletecerpen yg menarik.. menyayat hati.. sdeh bila bca..
ReplyDeleteBest cerpen ever
ReplyDeleteMcm kisah saye skrg je dgn abg angkat..da sethn knl tpi susah nk buangkan ego dia.. 😞
ReplyDelete